Subscribe:

Thursday, December 6, 2012

Beberapa asas penting Pengajian al-Qur'an

Pengertian AL-QUR’AN

Para ulama’ telah berselisih pendapat berhubung dengan kata terbitan Al-Qur’an. Setengah daripada mereka berkata ia terbit daripada perkataan qira’ah. Sementara yang lain pula tidak berpendapat sedemikian.

Imam al-Syafie berpendapat bahawa Qur’an ditulis dan dibaca tanpa hamzah iaitu Quran قرآن bukannya Qur’an قرأن . Ia dalah nama khusus yang dipakai untuk kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak diambil daripada mana-mana perkataan lain.

Al-Fara’ seorang ahli bahasa Arab mengatakan bahawa lafaz al-Qur’an tidak memiliki huruf hamzah dan diambil dari kata Qara’in iaitu jamak dari perkataan Qarinah yang bererti keterangan. Ini disebabkan sebahagian dari ayat al-Qur’an itu serupa antara satu sama lain, seolah-olah sebahagian ayatnya merupakan keterangan dari apa yang dimaksudkan oleh ayat yang lain.

Al-Lihyani juga seorang ahli bahasa Arab berpendapat perkataan al-Qur’an itu berhamzah. Ia dibaca dengan bentuk nama terbitan yang diambil dari qara’a yang bererti membaca. Hanya lafaz ini sahaja menurut beliau adalah nama terbitan yang memberi makna’kena buat’. Oleh itu menurut beliau al-Qur’an ertinya maqru’ iaitu yang dibaca.

Kalau ingin disorot dengan lebih jauh, kita akan temui banyak lagi pendapat para ulama’ tentang asal perkataan ini. Namun perselisihan mereka boleh dikatakan berpenghujung dengan menyebut al-Qur’an dengan berhamzah atau al-Quran tanpa hamzah.

Menurut Dr. Solah al-Khalidi, pendapat paling terkenal daripada keseluruhan pendapat para ulama’ itu, pendapat yang mengatakan al-Qur’an datangnya dari pecahan perkataan al-Qira’ah iaitu dibaca dengan berhamzah adalah paling terkenal. Ini jelas berdasarkanpenggunaan al-Qur’ansendiri.

Firman Allah s.w.t.:

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآَنَهُ (17) فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآَنَهُ (18)

Sesungguhnya Kamilah yang menghimpunkan al-Qur’an dan bacaannya, maka apabila Kami membacanyahendaklah engkau mengikut bacaannya.

Surah al-Qiyamah(75):17-18

Dari segi istilah, al-Qur’an bermaksud :

KALAM ALLAH, BERUPA MUKJIZAT YANG DITURUNKAN KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. MELALUI MALAIKAT JIBRIL A.S., DITULIS DI DALAM MUSHAF DISAMPAIKAN SECARA MUTAWATIR, DIMULAI DENGAN SURAH AL-FATIHAH, DISUDAHI DENGAN SURAH AL-NAS DAN MEMBACAANYA MERUPAKAN IBADAH.

Mu’jizat

Mu’jizat artinya suatu perkara yang luar biasa, yang tidak akan mampu manusia membuatnya karena hal itu di luar kesanggupannya. Mu’jizat itu dianugerahkan kepada para nabi dan rasul dengan maksud menguatkan kenabian dan kerasulannya, serta menjadi bukti bahwa agama yang dibawa oleh mereka benar-benar dari Allah ta’ala.

Beberapa aspek kemukjizatan al-Qur’an

Disampaikan secara mutawatir

Al-Qur’an ditulis dalam mushaf-mushaf dan disampaikan kepada kita secara mutawatir (diriwayatkan oleh banyak orang), sehingga terpelihara keasliannya. Berikut sekilas sejarah pemeliharaan Al-Qur’an sejak masa Nabi hingga pembukuannya seperti sekarang:

1.      Pada masa Nabi, Al-Qur’an dihafal dan ditulis di atas batu, kulit binatang, pelapah tamar dan apa sahaja yang boleh dipakai untuk ditulis. Kemudian setahun sekali Jibril melakukan tadarus, yakni dengan menyuruh Nabi memperdengarkan Al-Qur’an yang telah diterimanya. Menurut riwayat, di tahun beliau wafat, tadarus diadakan oleh Jibril dua kali.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”. (al-Bukhari)

2.      Ketika Nabi wafat, Al-Qur’an telah dihafal oleh ribuan manusia dan telah ditulis semua ayat-ayatnya dengan susunan menurut tertib urut yang ditunjukkan oleh Nabi sendiri.

3.      Berdasarkan cadangan Saidina Umar bin Khattab, pada masa pemerintahan Abu Bakar diadakan pengumpulan Al-Qur’an. Hal ini dilatar belakangi oleh peristiwa gugurnya 70 orang penghafal Al-Qur’an dalam perang Yamamah. Maka ditugaskanlah Zaid bin Tsabit untuk melakukan tugas tersebut. Beliau kemudian mengumpulkan tulisan Al-Qur’an dari daun, pelapah kurma, batu, tanah keras, tulang unta atau kambing dan dari sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur’an.

4.      Dalam upaya pengumpulan Al-Qur’an ini, Zaid bin Tsabit melakukan kerja dengan sangat teliti. Sekalipun beliau sendiri menghafal Al-Qur’an seluruhnya, tetapi masih memandang perlu menyesuaikan hafalannya dengan hafalan atau catatan sahabat-sahabat yang lain dengan disaksikan dua orang saksi. Selanjutnya, Al-Qur’an ditulis oleh Zaid bin Tsabit dalam lembaran-lembaran yang diikatnya dengan benang, tersusun menurut urutan ayat-ayatnya sebagaimana yang telah ditetapkan Rasulullah saw.

5.      Pada masa Uthman terjadi ikhtilaf (perselisihan) tentang mushaf Al-Qur’an, yakni berkaitan dengan ejaan, qiraat dan tertib susunan surat-surat. Oleh karena itu atas usulan Huzaifah bin Yaman, Uthman segera membentuk panitia khusus yang dipimpin Zaid bin Tsabit beranggotakan Abdullah bin Zubair, Saad bin Ash dan Abdurrahman bin Harits bin Hisyam untuk melakukan penyeragaman dengan merujuk kepada lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis pada masa khalifah Abu Bakar yang disimpan oleh Hafsah, isteri Nabi saw.

 
6.      Al-Qur’an yang dibukukan oleh jawatankuasa ini kemudian dinamai “Al-Mushaf” dan dibuat lima buah. Satu buah disimpan di Madinah—dinamai “Mushaf Al-Imam”—dan sisanya dikirim ke Mekkah, Syiria, Basrah dan Kufah. Sementara itu lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis sebelum ini segera dimusnahkan bagi menyatukan kaum muslimin pada satu mushaf, satu bacaan, dan satu tertib susunan surat-surat.

Al-Muta’abbadu bitilawatih

Membaca Al-Qur’an itu bernilai ibadah. Banyak sekali hadits yang mengungkapkan bahwa membaca Al-Qur’an adalah merupakan bentuk ibadah kepada Allah yang memiliki banyak keutamaan, diantaranya adalah:
Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepadamu karena bacaan itu untuk setiap hurufnya 10 kebajikan. Saya tidak mengatakan kepada kalian bahwa ‘Alif-Laam-Mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘Laam’ satu huruf dan ‘Miim’ satu huruf” (HR. Hakim).

Friday, September 14, 2012

Tajuk-tajuk assignment CTU 553 (Hubungan Etnik)

TAJUK TUGASAN ESEI HUBUNGAN ETNIK
  1. Polarisasi Kaum di Malaysia? Bagaimana Menyelesaikannya?
  2. Sejauhmanakah Modul Hubungan Etnik Mewujudkan Keharmonian Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia?
  3. Peranan Parti Politik Dalam Merealisasikan Keharmonian Hubungan Kaum di Malaysia.
  4. Objektif dan Peranan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Dalam Memupuk Hubungan Kaum. Huraikan dengan terperinci.
  5.  Dasar Berkaitan Hubungan Etnik Di Malaysia Perlu Dinilai Semula. Bincangkan!
  6. Matlamat dan Peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam Memperkasa Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional. Bincangkan!
  7.  Hubungan Etnik Dari Perspektif Tamadun Cina, India dan Barat.
  8. Rusuhan Kaum Boleh Meruntuhkan Sesebuah Negara. Analisakan!
  9. Strategi Memperkukuh Hubungan Kaum Di Malaysia: Cadangan dan Pelaksanaan.
  10.  Islam dan Hubungan Etnik.
  11.  Wawasan 2020 Dan Elemen Hubungan Etnik. Bincangkan.
  12. Program Transformasi Negara (PTN) Dan Pengukuhan Hubungan Etnik. Bincangkan.
  13.  Model Ekonomi Baru (MEB) Mampu Memperkukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia. Bincangkan.
  14.  Gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” Boleh Menjadi Pemangkin Kepada Hubungan Antara Kaum. Bincangkan.
  15. Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum. Bincangkan!
  16. Dasar Pembangunan Negara ke arah wawasan 2020. Huraikan
  17. Isu-Isu Semasa Politik dalam Hubungan Etnik. Bincangkan
  18. Kontrak Sosial dan Keharmonian Kaum. Berikan analis anda
  19. Dasar Ekonomi Baru dan Pencapaian. Bincangkan
  20. Pengaruh Islam Dalam Budaya. Bincangkan
  21. Pendidikan Sebagai Alat Perpaduan. Bincangkan
  22. Kerjasama Etnik Kearah Kemerdekaan. Bincangkan
  23. Arak dan Judi dalam perspektif agama dan Budaya. Bincangkan

Tuesday, July 31, 2012

Tafsir ayat 6-10 Surah al-Baqarah


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (6) خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (7) وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9) فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10)

Orang Yang Mendapat Naungan Arasy


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ".

Saturday, July 28, 2012

Penyusunan Ayat dan Surah Al-Qur'an

Adakah susunan ayat-ayat dan surah seperti yang tertulis dalam mushaf-mushaf sebenarnya susunan yang berdasarkan susunan penurunannya atau lain daripada itu. Ijmak ulama telah menetapkan bahawa urutan ayat sebagaimana yang kita lihat sekarang di dalam mushaf-mushaf adalah berdasarkan “tauqif” daripada Nabi SAW dari Allah SWT. 
Tauqifi bermaksud hal tersebut didasarkan pada perintah dan petunjuk daripada nabi sesuai dengan petunjuk wahyu yang diterima oleh beliau daripada Allah melalui perantaraaan Malaikat Jibril. Dengan itu ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipastikan oleh fikiran atau ijtihad peribadi.

Friday, July 27, 2012

Tafsir surah al-Baqarah ayat 1-5


TAFSIR DI BAWAH GEMA AL-QUR'AN
Tulisan ini adalah tulisan al-Marhum Dato' Yusoff Zaky Haji Yacob yang terkandung dalam majalah Pengasuh. Semoga ianya memberikan manafaat kepada kita semua seterusnya menjadi amal jariah kepada allahyarham.
الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)

 Maksudnya:
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Sunday, July 22, 2012

Berbuat baiklah kepada Ibu bapa

Kedudukan ibu bapa di sisi Allah s.w.t. terletak di tempat yang teratas sekali selepas kedudukan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, yang mana anak-anak perlu merasakan diri mereka kecil apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Hal ini juga adalah kerana ibu bapa merupakan sebab nyata wujudnya seorang anak yang mana ibu bapa berhak terhadap anak-anak mereka. Bahkan Allah s.w.t. juga tidak redha terhadap seseorang itu selagi ibu bapa mereka tidak meredhai mereka sepertimana yang terdapat dalam sabda Rasulullah s.a.w. iaitu : رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ Keredhaan Tuhan terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Tuhan terletak kepada kemurkaan kedua-duanya.[Tarmizi, Bab (مَا جَاءَ مِنْ الْفَضْلِ فِي رِضَا الْوَالِدَيْنِ )] 


Thursday, July 19, 2012

Promosi Buku : Biografi Ulama Malaysia

Biografi Ulama Malaysia "Yusoff Zaky Yacob : Dian Yang Tak Kunjung Padam"

Beliau merupakan contoh pengarang besar yang gigih dan serba boleh. Pengajiannya berlatarbelakangkan sistem tradisional dan moden membolehkan beliau menguasai ilmu yang terkandung dalam kitab tua (kitab pondok), kitab Arab moden dan juga ilmu moden terutamanya dalam bidang psikologi, pendidikan, dakwah dan politik. Sehubungan itu, beliau menjadi pengarang, penulis, penterjemah, mufassir, wartawan, penerbit, usahawan percetakan, pendakwah, pembawa islah secara sepenuh masa, berdedikasi dan berdikari.

Bicara al-Quran Mengenai Kurma

BULAN Ramadan datang kembali menemui kita. Kedatangannya pada tahun ini seperti juga kedatangannya pada tahun-tahun lepas dengan membawa rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah SWT.
Kedatangan Ramadan juga tidak dapat lari daripada membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan kepada kita.
Antara buah yang paling sinonim dengan Ramadan ialah buah kurma. Hakikatnya, kurma adalah sejenis buah yang sering diulang-ulang dalam al-Quran.
Setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurma atau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran. Ia menggunakan beberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah.

Monday, February 20, 2012

Hadis Renungan

Abu Juhaifah r.a. menyebut bahawa Nabi Muhammad telah mempersaudarakan antara Salman dan Abu al-Darda’. Bagi mengukuhkan tali persaudaraan, Salman telah menziarahi Abu al-Darda’ yang kebetulan tiada di rumah. Dia disambut oleh isteri Abu al-Darda’ yang kebetulan dalam keadaan tidak terurus. Melihat keadaan demikian, lantas Salman bertanya : “Kenapakah keadaan saudari sebegini rupa ?”. Isteri Abu al-Darda’ menjawab : “Saudaramu Abu al-Darda’ itu tidak mempunyai keinginan terhadap dunia.”



Tidak berapa lama kemudian, pulanglah Abu al-Darda’. Makananpun dihidangkanlah. Abu al-Darda’ mempersilakan Salman makan, katanya : “Silakan makan saudara! Saya tidak turut makan kerana saya berpuasa.” Salman berkata : “Saya tidak akan makan kalau saudara tidak turut makan bersama-sama.” Mengingatkan tentang perlunya menghormati tetamu, maka Abu al-Darda’ turut makan bersama dengan membatalkan puasa sunatnya.

Laman Pengasuh Nurani

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang telah menganugerahi para hambaNya seorang Rasul dan Nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi ikutan dan teladan bagi seluruh umat sepanjang zaman.


Alhamdulillah dalam usaha untuk menambahkan bahan bacaan pengajian Islam, maka dengan rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dengan limpahan rahmatNya laman blog ini dibuka agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca semua. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan Allah dalam usaha untuk melahirkan generasi Rabbani yang terdidik dengan Akidah yang mantap, amal yang soleh dan akhlak yang mulia.