Subscribe:

Friday, June 28, 2013

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN ATAS ORANG YANG BERHADAS

ORANG YANG BERHADAS BESAR (BERJANABAH,HAIDH DAN NIFAS).
Ulamak berselisih pendapat mengenai orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran. Huraiannya seperti berikut ;
  1. Imam Daud Zhahirir dan Ibnu Hazmin daripada Madzhab Zahiri membolehkan orang yang berjanabah menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah bahawa surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada Heraklius mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran di dalamnya. Maka sudah tentu Heraklius menyentuhnya walhal beliau seorang kristian lagi berjanabah, jika tidak boleh tentu Rasulullah SAW tidak memasukkan petikan ayat-ayat al-Quran dalam surat tersebut.
  2. Jumhur ulama' tidak membolehkan orangyang berhadas besar menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka menolak hujah Daud Zhahiri dan Ibnu Hazmin kerana surat kiriman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu walaupun ada petikan ayat-ayatal-Qurandi dalamnyatetapi ia bukanlah al-Quran sepenuhnya. Bahkan surat tersebut samalahdengan kitab-kitabtafsir atau sebagainya yang boleh disentuh atau dibawaoleh orang yang berhadas besar
Kesimpulan
Saya katakan haram atas orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran walaupun dengan menggunakan perantaraan pensil atau penunjuk. Diharamkan juga menanggungnya walaupun berlapik dengan kain kecuali ketika darurat seperti berlakunya kebakaran dan sebagainya.


ORANG YANG BERHADAS KECIL (TIDAK BERWUDHUK).

Ulama' berselisih pendapat mengenai menyentuh al-Quran tanpa wudhu'. Huraiannya seperti berikut;


(1) Jumhur Ulama' Fiqh mengharamkan bagi orang yang tidak berwudhu' menyentuh atau menanggung al-Quran. Mereka berhujah dengan dalil-dalil berikut;          
Firman Allah SWT:


لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُ‌ونَ ﴿٧٩

          "Tidak menyentuhnya(al-Quran) kecuali merekayang disucikan" al-Waqi’ah ayat 79



  • Sabda Rasulullah SAW:

لا يمس القرآن إلا طاهر
           "Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci (Riwayat Ibnu Hibban)


  •  Hadis Rasulullah SAW:

         Daripada Abu Baknr bin Muhammad bin 'Amru bin Hazmin daripada ayahnyadaripada    datuknya "Bahawa Rasuiullah SAW menulis surat kepada penduduk Yaman dan dalamnya mengandungi ucapan"Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yangsuci" (Riwayat al-Nasaie)



(2) lbnu 'Abbas; al-Sya'bi, al-Dhahak bin Muzahim, Abu Daud Zhahiri, lbnu Hazmin dan Hammad al-Basti, berpendapat boleh menyetuh al-Quran bahawa orang yang berhadas kecil kerana tidak ada dalil yang terang yang mengharamkannya.  Mereka menolak hujah jumhur ulama' dengan alasan berikut;

  • Ayat79 dalam surah al-Waqi'ah tidak boleh dijadikan hujah kerana Ha' Dhamir (gantinama) tersebut kembali kepada "Luh Mahfuzh" dan yang dimaksudkan dengan mereka yang disucikan ialah para malaikat seperti yang ditunjukkan oleh ayat-ayat sebelumnya.
  • Hadis tersebut terlalu umum. Perkataan (tahir) (orang yangsuci) mengandungi pelbagaiertian. Ia mungkin bererti suci daripada hadas besar atau hadas kecil, mungkin suci badan daripada najis dan mungkin bererti orang yang beriman kerana orang beriman itu suci tidak seperti orang musyrik (kafir) kerana mereka dihukumkan najis. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud
            sesungguhnya orang-orang musyrikin itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjid al-Haram selepas tahun ini. 


Kesimpulan



Wallahu A'lam


Saya cenderung kepada pandangan yang mengatakan pertama haram atas orang yang berhadas kecil menyentuh al-Quran jika mereka orang awam (bukan ahli al-Quran). Adapun pandangan kedua yang mengharuskannya wajar bagi ahli al-Quran kerana memandangkan keadaan mereka yang selalu membaca al-Quran tanpa mengira tempat dan waktu. 

Tajwid al-Qur’an – Abu Mardhiyyah (Ustaz Mohamad Abd Manaf), terbitan al-Jenderaki Enterprise.

0 comments:

Post a Comment