Para ulama’ telah
berselisih pendapat berhubung dengan kata terbitan Al-Qur’an. Setengah daripada
mereka berkata ia terbit daripada perkataan qira’ah. Sementara yang lain
pula tidak berpendapat sedemikian.
Imam al-Syafie
berpendapat bahawa Qur’an ditulis dan dibaca tanpa hamzah iaitu Quran
قرآن bukannya Qur’an قرأن . Ia dalah nama khusus
yang dipakai untuk kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
tidak diambil daripada mana-mana perkataan lain.
Al-Fara’ seorang
ahli bahasa Arab mengatakan bahawa lafaz al-Qur’an tidak memiliki huruf hamzah
dan diambil dari kata Qara’in iaitu jamak dari perkataan Qarinah
yang bererti keterangan. Ini disebabkan sebahagian dari ayat al-Qur’an itu
serupa antara satu sama lain, seolah-olah sebahagian ayatnya merupakan
keterangan dari apa yang dimaksudkan oleh ayat yang lain.
Al-Lihyani juga
seorang ahli bahasa Arab berpendapat perkataan al-Qur’an itu berhamzah. Ia
dibaca dengan bentuk nama terbitan yang diambil dari qara’a yang bererti
membaca. Hanya lafaz ini sahaja menurut beliau adalah nama terbitan yang
memberi makna’kena buat’. Oleh itu menurut beliau al-Qur’an ertinya maqru’
iaitu yang dibaca.
Kalau ingin disorot
dengan lebih jauh, kita akan temui banyak lagi pendapat para ulama’ tentang
asal perkataan ini. Namun perselisihan mereka boleh dikatakan berpenghujung
dengan menyebut al-Qur’an dengan berhamzah atau al-Quran tanpa hamzah.
Menurut Dr. Solah
al-Khalidi, pendapat paling terkenal daripada keseluruhan pendapat para ulama’
itu, pendapat yang mengatakan al-Qur’an datangnya dari pecahan perkataan
al-Qira’ah iaitu dibaca dengan berhamzah adalah paling terkenal. Ini jelas
berdasarkanpenggunaan al-Qur’ansendiri.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآَنَهُ (17) فَإِذَا قَرَأْنَاهُ
فَاتَّبِعْ قُرْآَنَهُ (18)
Sesungguhnya Kamilah yang menghimpunkan al-Qur’an dan
bacaannya, maka apabila Kami membacanyahendaklah engkau mengikut bacaannya.
Surah al-Qiyamah(75):17-18
Dari segi istilah, al-Qur’an bermaksud :
KALAM ALLAH, BERUPA MUKJIZAT YANG DITURUNKAN KEPADA
JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. MELALUI MALAIKAT JIBRIL A.S., DITULIS DI DALAM
MUSHAF DISAMPAIKAN SECARA MUTAWATIR, DIMULAI DENGAN SURAH AL-FATIHAH, DISUDAHI
DENGAN SURAH AL-NAS DAN MEMBACAANYA MERUPAKAN IBADAH.
Mu’jizat
Mu’jizat artinya
suatu perkara yang luar biasa, yang tidak akan mampu manusia membuatnya karena
hal itu di luar kesanggupannya. Mu’jizat itu dianugerahkan kepada para nabi dan
rasul dengan maksud menguatkan kenabian dan kerasulannya, serta menjadi bukti
bahwa agama yang dibawa oleh mereka benar-benar dari Allah ta’ala.
Beberapa aspek
kemukjizatan al-Qur’an
Disampaikan
secara mutawatir
Al-Qur’an ditulis
dalam mushaf-mushaf dan disampaikan kepada kita secara mutawatir (diriwayatkan
oleh banyak orang), sehingga terpelihara keasliannya. Berikut sekilas sejarah
pemeliharaan Al-Qur’an sejak masa Nabi hingga pembukuannya seperti sekarang:
1.
Pada masa Nabi, Al-Qur’an dihafal dan ditulis di atas batu, kulit
binatang, pelapah tamar dan apa sahaja yang boleh dipakai untuk ditulis.
Kemudian setahun sekali Jibril melakukan tadarus, yakni dengan menyuruh Nabi
memperdengarkan Al-Qur’an yang telah diterimanya. Menurut riwayat, di tahun
beliau wafat, tadarus diadakan oleh Jibril dua kali.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ
النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ
وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ
فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ
الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan
orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah
sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan
sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya.
Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.
(al-Bukhari)
2.
Ketika Nabi wafat, Al-Qur’an
telah dihafal oleh ribuan manusia dan telah ditulis semua ayat-ayatnya dengan
susunan menurut tertib urut yang ditunjukkan oleh Nabi sendiri.
3.
Berdasarkan cadangan Saidina Umar bin Khattab, pada masa pemerintahan
Abu Bakar diadakan pengumpulan Al-Qur’an. Hal ini dilatar belakangi oleh
peristiwa gugurnya 70 orang penghafal Al-Qur’an dalam perang Yamamah. Maka
ditugaskanlah Zaid bin Tsabit untuk melakukan tugas tersebut. Beliau kemudian
mengumpulkan tulisan Al-Qur’an dari daun, pelapah kurma, batu, tanah keras,
tulang unta atau kambing dan dari sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur’an.
4.
Dalam upaya pengumpulan Al-Qur’an ini, Zaid bin Tsabit melakukan kerja dengan
sangat teliti. Sekalipun beliau sendiri menghafal Al-Qur’an seluruhnya, tetapi
masih memandang perlu menyesuaikan hafalannya dengan hafalan atau catatan
sahabat-sahabat yang lain dengan disaksikan dua orang saksi. Selanjutnya,
Al-Qur’an ditulis oleh Zaid bin Tsabit dalam lembaran-lembaran yang diikatnya
dengan benang, tersusun menurut urutan ayat-ayatnya sebagaimana yang telah
ditetapkan Rasulullah saw.
5.
Pada masa Uthman terjadi ikhtilaf (perselisihan) tentang mushaf
Al-Qur’an, yakni berkaitan dengan ejaan, qiraat dan tertib susunan surat-surat.
Oleh karena itu atas usulan Huzaifah bin Yaman, Uthman segera membentuk panitia
khusus yang dipimpin Zaid bin Tsabit beranggotakan Abdullah bin Zubair, Saad
bin Ash dan Abdurrahman bin Harits bin Hisyam untuk melakukan penyeragaman
dengan merujuk kepada lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis pada masa
khalifah Abu Bakar yang disimpan oleh Hafsah, isteri Nabi saw.
6.
Al-Qur’an yang dibukukan oleh jawatankuasa ini kemudian dinamai
“Al-Mushaf” dan dibuat lima buah. Satu buah disimpan di Madinah—dinamai “Mushaf
Al-Imam”—dan sisanya dikirim ke Mekkah, Syiria, Basrah dan Kufah. Sementara itu
lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis sebelum ini segera dimusnahkan bagi
menyatukan kaum muslimin pada satu mushaf, satu bacaan, dan satu tertib susunan
surat-surat.
Al-Muta’abbadu
bitilawatih
Membaca Al-Qur’an
itu bernilai ibadah. Banyak sekali hadits yang mengungkapkan bahwa membaca
Al-Qur’an adalah merupakan bentuk ibadah kepada Allah yang memiliki banyak
keutamaan, diantaranya adalah:
“Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhnya Allah
akan memberi pahala kepadamu karena bacaan itu untuk setiap hurufnya 10
kebajikan. Saya tidak mengatakan kepada kalian bahwa ‘Alif-Laam-Mim’ itu satu
huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘Laam’ satu huruf dan ‘Miim’ satu huruf”
(HR. Hakim).







0 comments:
Post a Comment