Subscribe:

Thursday, July 19, 2012

Promosi Buku : Biografi Ulama Malaysia

Biografi Ulama Malaysia "Yusoff Zaky Yacob : Dian Yang Tak Kunjung Padam"

Beliau merupakan contoh pengarang besar yang gigih dan serba boleh. Pengajiannya berlatarbelakangkan sistem tradisional dan moden membolehkan beliau menguasai ilmu yang terkandung dalam kitab tua (kitab pondok), kitab Arab moden dan juga ilmu moden terutamanya dalam bidang psikologi, pendidikan, dakwah dan politik. Sehubungan itu, beliau menjadi pengarang, penulis, penterjemah, mufassir, wartawan, penerbit, usahawan percetakan, pendakwah, pembawa islah secara sepenuh masa, berdedikasi dan berdikari.


Beliau menubuhkan syarikat Pustaka Dian pada 2 Mac 1957, tahun kemerekaan Tanah Melayu sebagai usaha "mengisi kemerdekaan" melalui penerbitan buku dan majalah. Yusoff Zaky umpama "Lilin yang tak kunjung padam". Dian melambangkan "suatu cahaya yang sabar dan tenang serta melambangkan pengorbanan diri bagi faedah dan kebaikan orang ramai".

HARGA RM 23 termasuk kos penghantaran.

0 comments:

Post a Comment