إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (6) خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (7) وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9) فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10)
[6] Sesungguhnya
orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada
engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan
beriman.
[7] (Dengan sebab
keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka
dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab
seksa yang amat besar.
[8] Dan di antara
manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari
akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9] Mereka hendak
memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya
memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10] Dalam hati mereka
(golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka
Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan
kebenaran).
Latar belakang
Dalam ayat-ayat di bilangan yang lalu Allah telah menggambarkan
ciri-ciri kelompok manusia yang beriman dan bertakwa yang dicerminkan oleh
golongan muhajirin dan ansar yang patuh dikota madinah. Mereka telah
menunjukkan ketaatan dan pengorbanan-pengorbanan yang mat besar dalam rangka
usahanya mendokong perjuangan dakwah Islamyyah dan menegakkan rukun-rukun iman
dan Islam dalam kehidupan dan pemikiran mereka. Berkat keteguhan iman,
kepatuihan dan perpaduan mereka yang tulus, mereka telah berjaya meletakkan
batu asas sebuah Negara Islam yang pertama di bumi Hijaz yang kemudian menjadi
titik tolak bagi perkembangan empayar Islam yang gemilang di dalam sejarah umat
manusia.
Dalam ayat-ayat di bilangan ini pula Allah memberi peringatan kepada
umat muslimin yang sedang sibuk membanagun Negara Islam yang baru itu agar
sentiasa berhati-hatui dan waspada terhadap musuh Islam yang sentiasa berkerja
keras untuk menggugatkan dakwah Islamiyyah dan menghancurkan perpaduan umat
muslimin. Mereka terdiri dari golongan kaum-kaum musyrikin, kaum munafikin dan
kaum ahli kitab mereka bergerak dan bertindak selaku satu perana yang telah
mencapai kata sepakat dan berkerja sama sepenuhnya untuk menumbangkan dakwah
Islamiyyah yang begitu pesat berkembang di Madinah dewasa itu. Sifat-sifat
kedegilan, kefanatikan, kesempitan akal, kepura-puraan dan taktik-taktik tipu
daya mereka yang licin dan lihai telah didedahkan Allah dengan jelas di dalam
ayat-ayat tersebut.
Saranan dan bimbingan
Umat muslimin di seluruh zaman dan di mana-mana Negara pun yang
berhasrat memperjuangkan dakwah Islamiyyah harus sedar dan sangggup menerima
hakikat bahawa mereka tetap berhadapan dengan tigab kelompok musugh abadi
Islamk iaitu:
Pertama:
Golongan kafir atau pengingkar ketuhanan, kerasulan Muhammad s.a.w
dan kewujudan hari akhirat. Mereka terdiri dari kaum penyembah berhala, kaum
musyrikinjyang memperbilangkan tuhan, kaum Atheis yang memuja Karl Mark dan
Lenin. Mereka akan menentang Islam berhabbis-habisan dan akan terus berdegil dengan kekufuran dan
falsafah kebendaan dan keberhalaan mereka walaupun diberi segala penerangan dan
penjelasan yang logik atau diancam
dengan azab kesiksaan hari akhirat. Dalam menghadapi golongan ini, para pendakwah
Islam tidak seharusnya merasa hampa dan kecewa terhadap mereka. Kerana mereka
adalah manusia yang telah ditutupi Allah pintu-pintu hati mererka akibat dari
kedegilan-kedegilan dan kefanatikan-kefanatikan mereka yang melulu. Mereka
sebenarnmya manusia pekak dan buta yang tidak mungkin lagi melihat dan
menanggap bukti-bukti ketuhanan yang terbentang jelas pada setiap kejadian dan
peraturan alam yang tersusun rapi. Tugas pendakwah hanya menyampaikan dawah,
sedangkan yang enentukan hidayah ialah Allah. Dialah sahaja yng mengetahui
manakah hati yang benar-benar ikhlas dan subur untuk menerima hidayah dan
manakah jiwa yang benar-benar murni untuk menagkap pantulan nur Islam yang suci.
Kedua:
Golongan munafiq dan hipokrit yang separuh beriman untuk
mempermainkan orang-orang Islam atau untuk menagguk keuntungan dari dua
masyarakat; masyarakat Islam dan masyarakat kafir. Di zaman Rasulullah dan para
sahbatanya kaum munafikin terdiri dari orang-orang yyang menganut Islam kerana
kepentingan-kepentingan dunia, sedangkan hatinya tidak terpaut kepada kepercayaan-kepercayaan
datuk nenek mereka yang turun temurun, uga terdiri daripada orang-orang yang
lemah, orang-orang yang tidak berperibadi dan orang-orang pengecut yang tidak
sanggup menunjukkan warna dirinya yang sebenar.
Di zaman moden kaum munafikin lebih banyak terdirin dari kaum intelek
Islam yang telh dicelup jiwa dan mentalitinya dengan penidikan-pendidikan barat
yang berintisarika benda dan duna semata. Mereka hidup dan bergerak dengan nama
dan kad pengenalan Islam tetapi hati mereka benci terhadap Islam dan memandang
rendah kepada undang-undang atau hukum-hukum Islm atau memandang kecil terhadap
amalan-amaln ibadat di dalam Islam. Mereka bepura-pura memuji-muji Islam
semata-mata kerana takutkan pemulauan masyarakat Islam atau kerana mengingini
pengakauan khalayak muslimin sedangkan pada hakikatnya mereka menipu diri
sendiri. Tembelang ereka yang hakiki akan ketara apabila mereka berkumpul dan
berbincang sesama mereka. Di mana mereka akan meluahkan dendam kesumat dan
kebencian mereka yang terpendam terhadap Islam dan seterusnya mereka akan
merancangkan sesuatu yang berbahaya kepada Islam dalam rangka usaha yang licin
dan tidak ketara.
Golongan ini lebih berbahaya kepada Islam dari golongan kafir
terang-terangan kerana mereka hidup bercampur baur berganding bahu dan berjalan
seiringan dengan khalayak muslimin yang benar dan seterusnya kerana mereka
diangkat sebgai ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin dalam masyaraat Islam. Di
zaman perkembangan penjajahan golongan inlah yang dialatkan oleh penjajah untuk
mengekakan penjajahan di negara-negara Islam. Biarpun bagaimana lihainya mereka
bertindak namun belang mereka akan ketahuan juga.
Ketiga:
Golongan ahli kitab yang fanatik yang diwakili hari ini oleh
pejuang-pejuan keristian yang fanatik dan pejuang-pejuan zionisma yang ganas.
Mereka telah, sedang dan akan melakukan berbagai tipu daya dan komplot-komplot
untuk menghancurkan dakwah Islam dan menggugatkan kekuasaanumat muslimin dan
memecah belahkan barisan mereka. Sarjana-sarjana dan pakar-pakar mereka
bergerak di bawah nama oriantalis di mana mereka begitu licin mengeksploitasikan
penyelidikan ilmiah untuk maksud menanamkan kekeiruan terhadap ajaran-ajran dan
sejarah Islam. Mereka begitu bijak menggunakan kaum munafikin Islam yang terdiri
dari ntelek yang berjiwa barat untuk meluluskan kehendak-kehendak dan
tujuan-tujuan merea yang jahat.
Inilah tiga golonganmusuh abadi Islam yang harus diawasi setiap
waktu. Mereka akan berbat apa sahaja untuk menggagalkan dakwah Islamiah kerana
jiwa mereka telah disarangi dengan penyakit-penyakit jiwa yang kronis dan
penyakit hasad dengki dan dendam kesumat yang tak kunjung padam.







0 comments:
Post a Comment