Subscribe:

Friday, June 28, 2013

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN ATAS ORANG YANG BERHADAS

ORANG YANG BERHADAS BESAR (BERJANABAH,HAIDH DAN NIFAS).
Ulamak berselisih pendapat mengenai orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran. Huraiannya seperti berikut ;
  1. Imam Daud Zhahirir dan Ibnu Hazmin daripada Madzhab Zahiri membolehkan orang yang berjanabah menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah bahawa surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada Heraklius mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran di dalamnya. Maka sudah tentu Heraklius menyentuhnya walhal beliau seorang kristian lagi berjanabah, jika tidak boleh tentu Rasulullah SAW tidak memasukkan petikan ayat-ayat al-Quran dalam surat tersebut.
  2. Jumhur ulama' tidak membolehkan orangyang berhadas besar menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka menolak hujah Daud Zhahiri dan Ibnu Hazmin kerana surat kiriman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu walaupun ada petikan ayat-ayatal-Qurandi dalamnyatetapi ia bukanlah al-Quran sepenuhnya. Bahkan surat tersebut samalahdengan kitab-kitabtafsir atau sebagainya yang boleh disentuh atau dibawaoleh orang yang berhadas besar
Kesimpulan
Saya katakan haram atas orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran walaupun dengan menggunakan perantaraan pensil atau penunjuk. Diharamkan juga menanggungnya walaupun berlapik dengan kain kecuali ketika darurat seperti berlakunya kebakaran dan sebagainya.


ORANG YANG BERHADAS KECIL (TIDAK BERWUDHUK).

Ulama' berselisih pendapat mengenai menyentuh al-Quran tanpa wudhu'. Huraiannya seperti berikut;


(1) Jumhur Ulama' Fiqh mengharamkan bagi orang yang tidak berwudhu' menyentuh atau menanggung al-Quran. Mereka berhujah dengan dalil-dalil berikut;          
Firman Allah SWT:


لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُ‌ونَ ﴿٧٩

          "Tidak menyentuhnya(al-Quran) kecuali merekayang disucikan" al-Waqi’ah ayat 79



  • Sabda Rasulullah SAW:

لا يمس القرآن إلا طاهر
           "Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci (Riwayat Ibnu Hibban)


  •  Hadis Rasulullah SAW:

         Daripada Abu Baknr bin Muhammad bin 'Amru bin Hazmin daripada ayahnyadaripada    datuknya "Bahawa Rasuiullah SAW menulis surat kepada penduduk Yaman dan dalamnya mengandungi ucapan"Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yangsuci" (Riwayat al-Nasaie)



(2) lbnu 'Abbas; al-Sya'bi, al-Dhahak bin Muzahim, Abu Daud Zhahiri, lbnu Hazmin dan Hammad al-Basti, berpendapat boleh menyetuh al-Quran bahawa orang yang berhadas kecil kerana tidak ada dalil yang terang yang mengharamkannya.  Mereka menolak hujah jumhur ulama' dengan alasan berikut;

  • Ayat79 dalam surah al-Waqi'ah tidak boleh dijadikan hujah kerana Ha' Dhamir (gantinama) tersebut kembali kepada "Luh Mahfuzh" dan yang dimaksudkan dengan mereka yang disucikan ialah para malaikat seperti yang ditunjukkan oleh ayat-ayat sebelumnya.
  • Hadis tersebut terlalu umum. Perkataan (tahir) (orang yangsuci) mengandungi pelbagaiertian. Ia mungkin bererti suci daripada hadas besar atau hadas kecil, mungkin suci badan daripada najis dan mungkin bererti orang yang beriman kerana orang beriman itu suci tidak seperti orang musyrik (kafir) kerana mereka dihukumkan najis. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud
            sesungguhnya orang-orang musyrikin itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjid al-Haram selepas tahun ini. 


Kesimpulan



Wallahu A'lam


Saya cenderung kepada pandangan yang mengatakan pertama haram atas orang yang berhadas kecil menyentuh al-Quran jika mereka orang awam (bukan ahli al-Quran). Adapun pandangan kedua yang mengharuskannya wajar bagi ahli al-Quran kerana memandangkan keadaan mereka yang selalu membaca al-Quran tanpa mengira tempat dan waktu. 

Tajwid al-Qur’an – Abu Mardhiyyah (Ustaz Mohamad Abd Manaf), terbitan al-Jenderaki Enterprise.

Tuesday, June 25, 2013

HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS

Sepakat ulama' membolehkan orang yang berhadas kecil membaca al-Quran dan disunatkan berwudhuk. Tetapi mereka telah berselisih pendapat bagi orang yang berhadas besar. Di sini dinyatakan pendapat-pendapat mengikut mazhab imam-imam mujtahid.

1. Madzhab Hanafi mengatakan haram walaupun sedikit.

2. Madzhab Maliki mengatakan boleh kalau bacaan yang sedikit. Ada riwayat yang lain dibolehkan tanpa syarat.

3. Mazhab Hanbali mengatakan haram. Ada satu riwayat daripada Imam Ahmad jika sekiranya perempuan yang haidh itu berhajat kepadanya (membaca al-Quran) maka tidak perlu tunggu suci (dibolehkan).

4. Madzhab Syafie pula terbahagi kepada dua pendapat. Huraiannya seperti berikut ;
(a) Pendapat yang masyhur dalam Madzhab Syafie mengatakan haram walaupun sedikit dengan niat membaca al-Quran. Pendapat ini telah disepakati oleh Imam al-Nawawi, Imam al-Rafie, Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Ramli. Mereka berdalilkan hadis Rasulullah SAW antaranya;

Sabda Rasulullah SAW:
لا يقرأ الجنب ولا الحائض شيئاً من القرآن
"Janganlah hendaknya orang yang berjunub dan orang yang haidh itu membaca sesuatu daripada al-Quran (Riwayatal-Baihaqi')

SabdaRasulullah SAW:
لا يقرأ الجنب ولا الحائض شيئا من القرآن
"Janganlah hendaknya orang yang haidh dan orang yang nifas itu membaca sesuatu daripada al-Quran" Riwayat al-Daruqutni.

Perhatian
Kedua-duahadis tersebutadalahHadis Dhaif di sisi semua Ulama'Hadis.

(b) Pendapat yang kedua mengatakan harus bagi orang yang berhadas besar membaca seluruh al-Quran. Pendapat ini diriwayatkan oleh al-Haitami dalam kitab al-'Iyab Syarhul Ubab bahawa Ibnu al-Mundzir dan al-Darimi memilih apa yang diriwayatkan Ibnu Mas'ud dan lainnya bahawa boleh bagi orang haidh membaca seluruh al-Quran. Imam Bukhari juga ada meriwayatkan pendapat Ibnu Mas'ud ini bahkan beliau sendiri berpendapat seperti ini.

Mereka menolak hadis-hadis yang dinyatakan tersebut untuk dijadikan sebagai hujah kerana kedudukan (martabat) hadis tersebut sebagai Hadis Dhaif secara sepakat Ulama' Hadis.

Mereka berhujah bahawa pada zaman Rasulullah SAW ramai wanita yang kedatangan haidh. Jika sekiranya diharamkan ke atas mereka membaca al-Quran sebagaimana diharamkan sembahyang maka tentulah baginda telah menerangkannya kepada umatnya serta mengajarkannya kepada isteri-isteri baginda. Tetapi tidak ada seorangpun daripada Ummahatul Mu'minin yangmeriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa diharamkan ke atas perempuan yang haidh membaca al-Quran.

Maka dengan hujah tersebut, mereka berpendapat bahawa tidaklah diharamkan atas perempuan yang haidh membaca al-Quran.


Kesimpulan

Wallahu A'lam

Saya katakan bahawa jika seseorang itu jarang membaca al-Quran atau membacanya kerana sesuatu majlis tertentu sama ada majlis kesyukuran atau sebaliknya maka pendapat yang pertama layak baginya. Adapun jika seseorang itu membaca al-Quran setiap hari atau menjadikan al-Quran teman hidupnya maka harus baginya membaca al-Quran ketika haidh atau nifas berdasarkan pandangan yang kedua tetapi bagi mereka yang berjanabah dilarang kerana mereka boleh bersuci (mandi hadas)pada bila-bila masa tanpa tempoh yangtertentu.

Rujukan :

Tajwid al-Qur’an – Abu Mardhiyyah (Ustaz Moamad Abd Manaf), terbitan al-Jenderaki Enterprise.