Ulamak berselisih pendapat mengenai orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran. Huraiannya seperti berikut ;
- Imam Daud Zhahirir dan Ibnu Hazmin daripada Madzhab Zahiri membolehkan orang yang berjanabah menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah bahawa surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada Heraklius mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran di dalamnya. Maka sudah tentu Heraklius menyentuhnya walhal beliau seorang kristian lagi berjanabah, jika tidak boleh tentu Rasulullah SAW tidak memasukkan petikan ayat-ayat al-Quran dalam surat tersebut.
- Jumhur ulama' tidak membolehkan orangyang berhadas besar menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka menolak hujah Daud Zhahiri dan Ibnu Hazmin kerana surat kiriman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu walaupun ada petikan ayat-ayatal-Qurandi dalamnyatetapi ia bukanlah al-Quran sepenuhnya. Bahkan surat tersebut samalahdengan kitab-kitabtafsir atau sebagainya yang boleh disentuh atau dibawaoleh orang yang berhadas besar
Saya katakan haram atas orang yang berhadas besar
menyentuh al-Quran walaupun dengan menggunakan perantaraan pensil atau
penunjuk. Diharamkan juga menanggungnya walaupun berlapik dengan kain kecuali
ketika darurat seperti berlakunya kebakaran dan sebagainya.
ORANG YANG BERHADAS KECIL (TIDAK
BERWUDHUK).
Ulama' berselisih pendapat mengenai menyentuh al-Quran
tanpa wudhu'. Huraiannya seperti berikut;
(1) Jumhur Ulama' Fiqh mengharamkan bagi orang yang tidak berwudhu'
menyentuh atau menanggung al-Quran. Mereka berhujah dengan dalil-dalil berikut;
Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ ﴿٧٩﴾
"Tidak menyentuhnya(al-Quran)
kecuali merekayang disucikan" al-Waqi’ah ayat 79
- Sabda Rasulullah SAW:
لا يمس القرآن إلا طاهر
"Tidak menyentuh
al-Quran kecuali orang yang suci (Riwayat Ibnu Hibban)
- Hadis Rasulullah SAW:
Daripada Abu Baknr
bin Muhammad bin 'Amru bin Hazmin daripada ayahnyadaripada datuknya
"Bahawa Rasuiullah SAW menulis surat kepada penduduk Yaman dan dalamnya
mengandungi ucapan"Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang
yangsuci" (Riwayat al-Nasaie)
(2) lbnu 'Abbas; al-Sya'bi, al-Dhahak bin Muzahim,
Abu Daud Zhahiri, lbnu Hazmin dan Hammad al-Basti, berpendapat boleh menyetuh al-Quran
bahawa orang yang berhadas kecil kerana tidak ada dalil yang terang yang
mengharamkannya. Mereka menolak hujah jumhur
ulama' dengan alasan berikut;
- Ayat79 dalam surah al-Waqi'ah tidak boleh dijadikan hujah kerana Ha' Dhamir (gantinama) tersebut kembali kepada "Luh Mahfuzh" dan yang dimaksudkan dengan mereka yang disucikan ialah para malaikat seperti yang ditunjukkan oleh ayat-ayat sebelumnya.
- Hadis tersebut terlalu umum. Perkataan (tahir) (orang yangsuci) mengandungi pelbagaiertian. Ia mungkin bererti suci daripada hadas besar atau hadas kecil, mungkin suci badan daripada najis dan mungkin bererti orang yang beriman kerana orang beriman itu suci tidak seperti orang musyrik (kafir) kerana mereka dihukumkan najis. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud
Kesimpulan
Wallahu A'lam
Saya cenderung kepada pandangan yang mengatakan pertama
haram atas orang yang berhadas kecil menyentuh al-Quran jika mereka orang awam
(bukan ahli al-Quran). Adapun pandangan kedua yang mengharuskannya wajar bagi
ahli al-Quran kerana memandangkan keadaan mereka yang selalu membaca al-Quran tanpa
mengira tempat dan waktu.
Tajwid al-Qur’an – Abu Mardhiyyah (Ustaz Mohamad Abd
Manaf), terbitan al-Jenderaki Enterprise.








