Subscribe:

Monday, February 20, 2012

Hadis Renungan

Abu Juhaifah r.a. menyebut bahawa Nabi Muhammad telah mempersaudarakan antara Salman dan Abu al-Darda’. Bagi mengukuhkan tali persaudaraan, Salman telah menziarahi Abu al-Darda’ yang kebetulan tiada di rumah. Dia disambut oleh isteri Abu al-Darda’ yang kebetulan dalam keadaan tidak terurus. Melihat keadaan demikian, lantas Salman bertanya : “Kenapakah keadaan saudari sebegini rupa ?”. Isteri Abu al-Darda’ menjawab : “Saudaramu Abu al-Darda’ itu tidak mempunyai keinginan terhadap dunia.”



Tidak berapa lama kemudian, pulanglah Abu al-Darda’. Makananpun dihidangkanlah. Abu al-Darda’ mempersilakan Salman makan, katanya : “Silakan makan saudara! Saya tidak turut makan kerana saya berpuasa.” Salman berkata : “Saya tidak akan makan kalau saudara tidak turut makan bersama-sama.” Mengingatkan tentang perlunya menghormati tetamu, maka Abu al-Darda’ turut makan bersama dengan membatalkan puasa sunatnya.

Laman Pengasuh Nurani

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang telah menganugerahi para hambaNya seorang Rasul dan Nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi ikutan dan teladan bagi seluruh umat sepanjang zaman.


Alhamdulillah dalam usaha untuk menambahkan bahan bacaan pengajian Islam, maka dengan rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dengan limpahan rahmatNya laman blog ini dibuka agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca semua. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan Allah dalam usaha untuk melahirkan generasi Rabbani yang terdidik dengan Akidah yang mantap, amal yang soleh dan akhlak yang mulia.